Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya
(sepupu) sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di
pelipis dan pipi. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat
hidung beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas
pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah
resdung dan mencadangkan rawatan secara pengambilan ubat-ubatan terdiri dari
antibiotic, ubat alahan serta pengambilan nasal spray.
Setelah mengambil ubat-ubatan selama 2 bulan akhirnya sepupu
saya ingin mencuba kaedah bekam sepertimana yang disarankan oleh seorang
pengamal perubatan tradisional. Pada mulanya kami berdua agak skeptical
memandangkan pandangan peribadi seorang doktor yang kami kenali tidak begitu
menggalakkan prosedur ini dilakukan kerana menurut doktor tersebut belum ada
bukti yang jelas penyakit resdung boleh diubati dengan berbekam.