Terdapat beberapa hadis yang sering digunakan oleh jurubekam berkenaan dengan titik atau tempat
bekam pada tubuh Rasululah SAW. Hadis-hadis seumpama ini menjadi hujah sebahagian jurubekam
dengan mengatakan berbekam pada titik-titik tersebut adalah sunnah manakala berbekam pada lainlain tempat pula tidak mendapat pahala sunnah. Cas yang dikenakan juga berbeza iaitu bekam pada titik yang dikatakan sunnah ini jauh lebih mahal daripada titik bekam yang tidak sunnah. Berikut
adalah hadis-hadis tentang titik bekam Rasulullah SAW
1. Bahagian
pertemuan antara tulang kepala dan tulang belakang
Maksudnya: dari
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu sesungguhnya Abu Hind telah membekam Nabi
SAW di bahagian pertemuan antara tulang kepala dan tulang belakang. Hadis riwayat Abu Daud.
SAW di bahagian pertemuan antara tulang kepala dan tulang belakang. Hadis riwayat Abu Daud.
2. Bawah tengkuk
dan kedua-dua tepi leher
Maksudnya: dari
Anas berkata: Rasulullah SAW pernah berbekam tiga kali, iaitu sekali di bawah
tengkuk (antara kedua bahu) dan dua kali di tepi kedua-dua leher. Hadis riwayat Ahmad
tengkuk (antara kedua bahu) dan dua kali di tepi kedua-dua leher. Hadis riwayat Ahmad
3. Kepala dan
antara dua bahu
Maksudnya: dari
Abu Kabsyah al-Anmari sesungguhnya Nabi SAW berbekam di kepala dan antara
kedua bahunya. Hadis riwayat Ibnu Majah
kedua bahunya. Hadis riwayat Ibnu Majah
4. Kaki
Maksudnya: dari
Anas sesungguhnya Nabi SAW berbekam di bahagian atas kaki dalam keadaan
memakai kain ihram akibat kesakitan yang dialami. Hadis riwayat al-Nasaie
memakai kain ihram akibat kesakitan yang dialami. Hadis riwayat al-Nasaie
5. Pinggang
Maksudnya: dari
Jabir sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam di pinggang baginda SAW akibat
kesakitan yang dialami. Hadis riwayat Abu Daud.
kesakitan yang dialami. Hadis riwayat Abu Daud.
0 comments:
Post a Comment