Apa sudah jadi dengan bakal lagenda bola sepak negara kita ??? hampir 8 bulan di portugal dan kini sudah pulang ke pangkuan Malaysia ?? Di mana silapnya ??
Apa pun yang terjadi adalah batu loncatan baginya untuk lebih gigih lagi bagi menonjolkan bakatnya yang amat unik.. Janganlah dipersiakan bakat yang ada padanya dan tidak ada pada orang lain..Mungkin rezekinya hanya setakat itu sahaja di sana.. Tetapi rezekinya akan datang akan lebih berbaloi…
Antara sebab kenapa Nazmi Faiz Pulang
“Tiada siapa yang tahu, Nazmi hanya menerima 500 euro untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan keadaan itu amat menyulitkannya,” kata sumber itu. Nazmi juga dikatakan terpaksa keluar dari kediamannya dan menumpang di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mempunyai wang untuk membayar sewa.
Pun begitu, nasibnya terbela kerana setibanya di Malaysia Nazmi telah dilamar oleh beberapa pasukan yang berminat dengannya.. Akhirnya, PKNS FC telah berjaya menawan hati Nazmi untuk beraksi bersama kelab itu April nanti..
Adakah kemungkinan Fakri Saarani 23, yang menyertai kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C. juga mengikut jejak langkah Nazmi ??Pastinya tidak setelah soalan ini ditujukan kepada beliau baru-baru ini..
Bagi kami, apapun tidakkan yang diambil oleh Nazmi seharusnya kita kena akur kerana beliau yang berhadapan dengan situasi yang sebenar dan harapnya Nazmi pula seharusnya mendedahkan hal sebenar bagi mengelakkan andaian yang buruk terhadapnya nanti…
Harapan yang besar disandarkan kepadanya walaupun hanya 8 bulan di sana harapnya ianya dapat membantu sedikit skuad kebangsaan kelak…Ilmu yang diperoleh dapat di sampaikan kepada kawan-kawan seperjuangan..
Selepas ini, kelibat Nazmi didalam skuad kebangsaan pastinya ada tetapi terpulang kepada jurulatih yang menilai kelak..Mampukah beliau beraksi seperti dahulu???
0 comments:
Post a Comment