PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa filem Tanda Putera, yang bakal ditayangkan pada 13 September ini, akan 'memanaskan' lagi semangat perkauman di negara ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, filem yang bakal ditayangkan untuk menyatukan rakyat dilihat tidak akan memberi kesan baik tetapi lebih memburukkan sentimen perkauman.
Menurutnya, kerajaan perlu menayangkan filem tersebut kepada PR terlebih dahulu untuk dikaji dan melihat kesesuaiannya ditayangkan kepada umum.
"Filem yang bakal ditayangkan Tanda Putera itu akan membakar lagi sentimen perkauman dan ia sekali gus tak akan mencapai apa sebenarnya motif filem tersebut.
"Kita (PR) minta kerajaan tayangkan filem itu kepada PR dahulu untuk dikaji dan dinilai supaya tak akan timbul masalah lain," katanya pada sidang media hari ini.

Sinopsis filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Justeru itu, Mustafa berkata kerajaan perlu lebih peka dan menitikberatkan soal sensitiviti masyarakat dalam penayangan sesuatu filem untuk mengelakkan kejadian tidak diingini pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurrul Izzah Anwar menambah kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan wang rakyat untuk ke arah keharmonian dan penyatuan rakyat bukan hanya membuat filem untuk agenda sempit BN.
"Seharusnya BN guna wang untuk satu padukan rakyat bukan memenuhi agenda sempit dengan membuat filem yang dapat memberi kesan kepada rakyat dan negara ke arah keburukan," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Sutradara filem sepanjang 117 minit itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini dipetik media berkata, Tanda Puterasebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan dua tokoh hebat tersebut.
Tanda Putera dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak), Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin.
Filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini juga menelan kos yang bukan sedikit, iaitu RM4.8 juta termasuk promosi.
Sinar Harian.com
0 comments:
Post a Comment