Daripada Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu (dalam sebuah hadith yang
panjang) ...Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda:
''Sukakah engkau hai Muaz!
aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya
serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW
kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah
sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula:
''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''.
Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya
sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah!
Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu
engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan
(dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka
sendiri''.
Hadith Riwayat Tirmizi
Ramai dikalangan kita tidak sedar bahawa
"mulut" adalah tempat melakukan dosa jika tersalah guna. Selalunya
"mulut" akan melakukan dosa melibatkan manusia yang lain.
Fitnah, mengadu-domba, mengumpat, mereka-reka cerita, mengaibkan orang lain,
menipu, mengkeji, dan lain-lain semuanya berpunca dari "mulut".
Allah s.w.t menciptakan mulut hanya satu.
Maka tidak perlulah berkata-kata terlalu banyak. Menceritakan hal dunia terlalu
banyak. Selalu bercerita tentang orang lain kepada orang lain yang lain.
Tidakkah kita sedar bahawa kita sedang melakukan dosa.
Kini kehidupan makin maju. Facebook adalah
medium meluahkan kata-kata. Selalunya kita akan membaca status yang baik-baik
dari wall seseorang. Walaupun sebenarnya di alam nyata dia sering menggunakan
"mulut" untuk menyusahkan orang lain. (ini ialah masalah). Di dunia
ini kita sering takut kepada sesuatu yang pada jasadnya kotor, walhal
sebenarnya jika pada jasadnya bersih tetapi dalamannya kotor adalah satu
perkara yang amat-amat bahaya.
Saya nyatakan beberapa contoh untuk
pencerahan:
1. "Kamu tahu tak Ramli tu pemalas
orangnya, dia selalu ponteng melakukan kerja", kata Man kepada Abu.
(Adalah lebih baik Man terus menasihati Ramli tanpa memberitahu Abu)
2. "Tadi aku bersembang-sembang
dengan Joyah, nak tahu tak Joyah cakap apa, Joyah cakap, ko ni suka mengumpat
tentang anak tok ketua kampung sebelah ", kata Amani kepada Cikyah.
(Adalah lebih baik Amani tidak memburuk-burukkan nama Joyah kepada Cikyah)
3. "Ko nak tahu tak, bos syarikat
kita tu memang tengah gatai dengan pekerja baru dia tu, dah la cantik, bujang
pulak tu, bos kita ni memang tak mengenang jasa pekerja-pekerja lama macam kita
ni", kata Fakrul kepada Wan. (lebih baik Fakrul bertawakal kerana bukan
rezeki itu datang dari bosnya, sebaliknya dari Allah s.w.t)
Itu adalah beberapa contoh kerana
"mulut" badan binasa. Jika perkara ini terus berlaku, saya boleh
senaraikan beberapa kesan yang akan terjadi. Antaranya:
1. Perpecahan.
2. Persengketaan.
3. Salah faham
4. Bermasam muka.
5. Tekanan kerja.
6. Difitnah.
7. "Batu api" terus bermaharaja lela.
8. Orang yang tidak bersalah dizalimi.
9. Tidak harmoni.
10. Sering bersangka buruk.
Cara penyelesaiannya ialah :
Jangan terus percaya kata-kata orang,
orang yang mengatakan tentang orang lain, 90 peratus adalah salah. Jadi, terus
tanya kepada orang tersebut.
Jangan menyebarkan khabar angin dan
membesar-besarkan cerita.
Jangan menyebuk urusan orang lain.
Diam lebih baik dari berkata-kata.
Semoga kita di tempatkan dalam golongan
yang tidak lalai dan sering muhasabah diri sendiri. Sebaik-baik orang adalah
orang yang MERENDAH DIRI.
0 comments:
Post a Comment