Terdapat beberapa hadis berkenaan dengan waktu berbekam. Secara
keseluruhannya kajian mendapati hadis-hadis ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu hadis yang menggalakkan berbekam pada hari atau tarikh tertentu dan hadis
yang menegah berbekam pada waktu tertentu.
Hadis dan athar anjuran
berbekam pada tarikh 17, 19 atau 21 haribulan
Maksudnya: dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang berbekam pada tarikh tujuh belas, sembilan belas dan dua puluh satu hari bulan, maka itu adalah ubat untuk semua penyakit. Hadis riwayat Abu Daud
Maksudnya: dari Ibnu Abbas
berkata: Rasulullah SAW bersabda:sesungguhnya sebaik-baik waktu untuk kamu
berbekam ialah pada tarikh tujuh belas, sembilan belas dan dua puluh satu hari
bulan. Hadis riwayat Al-Tirmizi
Maksudnya: dari Anas berkata:
sahabat-sahabat Rasulullah SAW berbekam pada hari ganjil dalam sesuatu bulan.
Hadis larangan berbekam pada
hari Rabu, Jumaat dan Sabtu
Maksudnya: dari al-Zuhri
berkata: sesungguhnya Nabi SAW bersabda: sesiapa berbekam pada hari Rabu dan
Sabtu lalu ditimpa penyakit tompokan putih (pada kulitnya), maka janganlah
sesekali dia menyalahkan sesiapa kecuali dirinya. Hadis riwayat Abu Daud
Maksudnya: dari Ibnu Umar dari
Nabi SAW bersabda: sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah
seseorang itu berbekam pada waktu itu kecuali ditimpa penyakit yang tiada ubat
untuknya. Hadis riwayat al-Baihaqi
0 comments:
Post a Comment