Setiap insan pasti ingin menikmati kehidupan yang sihat.
Ramai yang ingin sihat dan cantik. Lantaran itu pelbagai kaedah diikhtiarkan
untuk mencapai kesihatan yang optimum. Tidak cukup dengan perubatan moden,
perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Antara perubatan alternatif popular yang mendapat sambutan
sekarang adalah terapi bekam. Apakah kebaikan dan faedah berbekam ini? Kepada
sesiapa yang tidak biasa berbekam pasti banyak persoalan bermain di minda.
Selamatkah berbekam?
Menyahut seruan
sunnah Rasulullah SAW
Mendapat pahala & kebaikan melakukannya.
Mengeluarkan darah
kotor, darah beku, darah berpenyakit
Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin
& syaitan.
Tidak memberi peluang kepada makhluk halus menjadikan tubuh
anak Adam sebagai tempat tinggal mereka
Mengeluarkan gula
berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).
Mengeluarkan asid
urik yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit gout
Mengeluarkan
lemak/minyak berlebihan di dalam darah
Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan &
masalah jerawat
Mengeluarkan
kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk membuang kolestrol.
Meringankan otot-otot
yang tegang
Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan
otot/lenguh-lenguh sendi
Merawat &
menyembuhkan masalah stress
Melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.
Mengeluarkan angin
kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
Menyembuhkan masalah angin di dalam badan
Melancarkan peredaran
darah di dalam sistem badan
Melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang
Sebagai awet muda
Apabila darah kotor di dalam badan berkurangan, darah segar
(darah baru ) mengalir lancar dlm badan,
menghantar oksigen ke sel- sel badan dengan lebih efisien
Menyembuhkan sakit
kepala / pening kepala / migrain
Merawat masalah mata
rabun. Menyegarkan badan, menyihatkan badan & mencergaskan minda
Merawat &
menyembuhkan
penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong
(pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina
pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang
amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan
/berdiri), dll.
Jelas terbukti banyak kebaikan dan faedah berbekam ini.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya : ” Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara
iaitu minum madu, sayatan alat bekam, dan kay dengan api. Sesungguhnya aku
melarang umatku dari kay.”
[Sahih al-Bukhari, At-Thibb, Juz 1, hal 5680]
0 comments:
Post a Comment