Di bawah bab ini, kajian memfokuskan kepada beberapa pecahan hadis
yang semuanya tertumpu
kepada isu bekam. Pembahagian ini adalah seperti hadis pensyariatan
bekam, hadis kelebihan bekam, hadis waktu khusus anjuran dan larangan berbekam,
hadis titik bekam serta hadis mengenakan upah bekam.
Pensyariatan Bekam
Bekam disyariatkan pengubatannya berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Majah dari Ibnu
Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: tidaklah aku
melalui (sekumpulan) malaikat pada malam aku diperjalankan (dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa) kecuali mereka berkata kepadaku: “hendaklah kamu wahai
Muhammad berbekam” hadis riwayat Ibnu Majah.
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa) kecuali mereka berkata kepadaku: “hendaklah kamu wahai
Muhammad berbekam” hadis riwayat Ibnu Majah.
Kata
al-Munawi pensyariatan bekam itu adalah kerana manfaatnya yang besar pada badan
manusia
iaitu dengan
dikeluarkan sejumlah darah panas yang terdapat di dalam badan. Oleh itu saranan
berbekam
daripada sekumpulan malaikat itu adalah agar Rasulullah SAW melaziminya dan
menggalakkan
umat baginda untuk berubat dengannyakerana manfaat dan kebaikan rawatan
tersebut.Kata-kata
sekumpulan malaikat ini juga menunjukkan bahawa mereka mengetahui apa
yang terbaik
untuk umat manusia gunakan sebagai ubat. Hal ini adalah kerana Allah SWT mengkhabarkannya
kepada para malaikat-Nya, dan mereka tidak sama sekali mengetahui apa-apa
kecuali
sesuatu yang Allah beritahu.
Selain
daripada hadis di atas, terdapat sebuah lagi yang menjelaskan bahawa rawatan
bekam adalah
bentuk
perubatan yang terbaik untuk manusia. Hal ini disabdakan oleh Rasulullah SAW;
Maksudnya: sesungguhnya (di antara) sebaik-baik (ubat) yang kamu berubat
dengannya ialah
berbekam (atau) ia adalah antara sebaik-baik ubat kamu. Hadis riwayat Muslim.
berbekam (atau) ia adalah antara sebaik-baik ubat kamu. Hadis riwayat Muslim.
Para ulama berpendapat bahawa hadis menunjukkan bahawa berbekam itu
secara amnya adalah
bentuk pengubatan untuk manusia. Menurut al-Tabari, perintah dari
baginda SAW ini menjelaskan
ia adalah suatu yang dianjurkan dan bukan sesuatu yang wajib diikuti.
Galakan ini adalah kerana
kebaikan yang terdapat pada rawatan bekam tersebut dengan mengeluarkan
darah yang boleh
memberi mudarat pada badan seseorang. Tambah ulama lagi hadis ini
menjadi dalil keharusan
berbekam serta galakkan untuk berubat dengannya terutamanya bagi
mereka yang memerlukan.
0 comments:
Post a Comment