Orang yang tidak boleh dibekam :


1. Orang tua yang sakit parah dan tanpa upaya
2. Pada kulit-kulit yang berkudis dan berpenyakit,
3. Pada perut mereka yang baru habis makan (makanan berat),
4. Pada perut ibu yang mengandung,
5. Pesakit dengan tekanan darah rendah / kurang darah,
6. Orang yang terlalu lapar,
7. Ibu yang baru melahirkan,
8. Wanita yang sedang haid,
9. Orang yang sakit gemetaran di wajah dan kakinya,
10. Orang yang lemah hati dan perutnya,
11. Orang yang radang usus.




Terdapat beberapa hadis berkenaan dengan waktu berbekam. Secara keseluruhannya kajian mendapati hadis-hadis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadis yang menggalakkan berbekam pada hari atau tarikh tertentu dan hadis yang menegah berbekam pada waktu tertentu.

Hadis dan athar anjuran berbekam pada tarikh 17, 19 atau 21 haribulan



Maksudnya: dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang berbekam pada tarikh tujuh belas, sembilan belas dan dua puluh satu hari bulan, maka itu adalah ubat untuk semua penyakit. Hadis riwayat Abu Daud





Maksudnya: dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda:sesungguhnya sebaik-baik waktu untuk kamu berbekam ialah pada tarikh tujuh belas, sembilan belas dan dua puluh satu hari bulan. Hadis riwayat Al-Tirmizi




Maksudnya: dari Anas berkata: sahabat-sahabat Rasulullah SAW berbekam pada hari ganjil dalam sesuatu bulan.



Hadis larangan berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu


Maksudnya: dari al-Zuhri berkata: sesungguhnya Nabi SAW bersabda: sesiapa berbekam pada hari Rabu dan Sabtu lalu ditimpa penyakit tompokan putih (pada kulitnya), maka janganlah sesekali dia menyalahkan sesiapa kecuali dirinya. Hadis riwayat Abu Daud


Maksudnya: dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda: sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seseorang itu berbekam pada waktu itu kecuali ditimpa penyakit yang tiada ubat untuknya. Hadis riwayat al-Baihaqi


BEKAM KERING

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.




BEKAM BASAH

Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.


BEKAM API


Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.





Setiap insan pasti ingin menikmati kehidupan yang sihat. Ramai yang ingin sihat dan cantik. Lantaran itu pelbagai kaedah diikhtiarkan untuk mencapai kesihatan yang optimum. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Antara perubatan alternatif popular yang mendapat sambutan sekarang adalah terapi bekam. Apakah kebaikan dan faedah berbekam ini? Kepada sesiapa yang tidak biasa berbekam pasti banyak persoalan bermain di minda. Selamatkah berbekam?



Menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW
Mendapat pahala & kebaikan melakukannya.

Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit
Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin & syaitan.
Tidak memberi peluang kepada makhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka

Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).

Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit gout

Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan & masalah jerawat

Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk membuang kolestrol.

Meringankan otot-otot yang tegang
Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan otot/lenguh-lenguh sendi


Merawat & menyembuhkan masalah stress
Melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.

Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
Menyembuhkan masalah angin di dalam badan

Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan
Melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang

Sebagai awet muda
Apabila darah kotor di dalam badan berkurangan, darah segar (darah baru ) mengalir lancar dlm badan,  menghantar oksigen ke sel- sel badan dengan lebih efisien

Menyembuhkan sakit kepala / pening kepala / migrain
Merawat  masalah mata rabun. Menyegarkan badan, menyihatkan badan & mencergaskan minda

Merawat & menyembuhkan
penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong (pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan /berdiri), dll.

Jelas terbukti banyak kebaikan dan faedah berbekam ini.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya : ” Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara iaitu minum madu, sayatan alat bekam, dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.”
[Sahih al-Bukhari, At-Thibb, Juz 1, hal 5680]


Di bawah bab ini, kajian memfokuskan kepada beberapa pecahan hadis yang semuanya tertumpu
kepada isu bekam. Pembahagian ini adalah seperti hadis pensyariatan bekam, hadis kelebihan bekam, hadis waktu khusus anjuran dan larangan berbekam, hadis titik bekam serta hadis mengenakan upah bekam.




Pensyariatan Bekam

Bekam disyariatkan pengubatannya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu
Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:



Maksudnya: tidaklah aku melalui (sekumpulan) malaikat pada malam aku diperjalankan (dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa) kecuali mereka berkata kepadaku: “hendaklah kamu wahai
Muhammad berbekam”
hadis riwayat Ibnu Majah.

Kata al-Munawi pensyariatan bekam itu adalah kerana manfaatnya yang besar pada badan manusia
iaitu dengan dikeluarkan sejumlah darah panas yang terdapat di dalam badan. Oleh itu saranan
berbekam daripada sekumpulan malaikat itu adalah agar Rasulullah SAW melaziminya dan
menggalakkan umat baginda untuk berubat dengannyakerana manfaat dan kebaikan rawatan
tersebut.Kata-kata sekumpulan malaikat ini juga menunjukkan bahawa mereka mengetahui apa
yang terbaik untuk umat manusia gunakan sebagai ubat. Hal ini adalah kerana Allah SWT mengkhabarkannya kepada para malaikat-Nya, dan mereka tidak sama sekali mengetahui apa-apa
kecuali sesuatu yang Allah beritahu.




Selain daripada hadis di atas, terdapat sebuah lagi yang menjelaskan bahawa rawatan bekam adalah
bentuk perubatan yang terbaik untuk manusia. Hal ini disabdakan oleh Rasulullah SAW;



Maksudnya: sesungguhnya (di antara) sebaik-baik (ubat) yang kamu berubat dengannya ialah
berbekam (atau) ia adalah antara sebaik-baik ubat kamu.
Hadis riwayat Muslim.


Para ulama berpendapat bahawa hadis menunjukkan bahawa berbekam itu secara amnya adalah
bentuk pengubatan untuk manusia. Menurut al-Tabari, perintah dari baginda SAW ini menjelaskan
ia adalah suatu yang dianjurkan dan bukan sesuatu yang wajib diikuti. Galakan ini adalah kerana
kebaikan yang terdapat pada rawatan bekam tersebut dengan mengeluarkan darah yang boleh
memberi mudarat pada badan seseorang. Tambah ulama lagi hadis ini menjadi dalil keharusan
berbekam serta galakkan untuk berubat dengannya terutamanya bagi mereka yang memerlukan.


Terdapat beberapa hadis yang sering digunakan oleh jurubekam berkenaan dengan titik atau tempat bekam pada tubuh Rasululah SAW. Hadis-hadis seumpama ini menjadi hujah sebahagian jurubekam dengan mengatakan berbekam pada titik-titik tersebut adalah sunnah manakala berbekam pada lainlain tempat pula tidak mendapat pahala sunnah. Cas yang dikenakan juga berbeza iaitu bekam pada titik yang dikatakan sunnah ini jauh lebih mahal daripada titik bekam yang tidak sunnah. Berikut adalah hadis-hadis tentang titik bekam Rasulullah SAW

1. Bahagian pertemuan antara tulang kepala dan tulang belakang


Maksudnya: dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu sesungguhnya Abu Hind telah membekam Nabi
SAW di bahagian pertemuan antara tulang kepala dan tulang belakang. Hadis riwayat Abu Daud.



2. Bawah tengkuk dan kedua-dua tepi leher


Maksudnya: dari Anas berkata: Rasulullah SAW pernah berbekam tiga kali, iaitu sekali di bawah
tengkuk (antara kedua bahu) dan dua kali di tepi kedua-dua leher. Hadis riwayat Ahmad


3. Kepala dan antara dua bahu


Maksudnya: dari Abu Kabsyah al-Anmari sesungguhnya Nabi SAW berbekam di kepala dan antara
kedua bahunya. Hadis riwayat Ibnu Majah


4. Kaki


Maksudnya: dari Anas sesungguhnya Nabi SAW berbekam di bahagian atas kaki dalam keadaan
memakai kain ihram akibat kesakitan yang dialami. Hadis riwayat al-Nasaie


5. Pinggang


Maksudnya: dari Jabir sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam di pinggang baginda SAW akibat
kesakitan yang dialami. Hadis riwayat Abu Daud.